Ok last weekend mak berpeluang pergi MCM Studio –
The
Largest Indoor Theme Park in Southeast Asia! Dengar pun wow gitu, kan? Kat
fikiran mak satu je, main la kau anak2 sampai lebam.
 |
| Capital City Mall, Johor Bahru. |
Ok sebenarnya park ni baru buka kat Capital City Mall, Johor Bahru. Event Mall ni pun mall baru, belum siap sepenuhnya. Masa pergi naik
parking pun scary, sebab suasananya macam kau pergi bangunan belum siap touch
up. Event mak hari2 duk site, mak tetap scary.
Opss sorry, starting pun scary pulak.
Ok mak pergi ni sebab mak dah beli tiket siap2 masa last
event Matta Fair kat PWTC. Sebab tiket akan expired bulan depan, maka kami pun
pergi la minggu baru ni sebab bapak budak2 ni cuti. Next month nak buat
aktiviti lain, maka tak rasa dapat turun JB.
So berangkatlah anak beranak ke JB, memang sampai lambat
sebab pagi sebelum pergi kereta kena tukar wheel bearing. So sampai JB dah
maghrib. Ingat sampai dalam 4 petang boleh la gagah nak masuk park ni juga
sebab dia BUKA dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Saat mak menulis ini ia
dibuka sehingga jam 10.00 malam sehingga end November 2018. Bulan 12 mak ada dapat notis ia akan dibuka sehingga jam 6 petang sahaja. Mulai 2019 mungkin depa masih mengkaji waktu yang sesuai sebab notis tu memang stated bulan 12 sahaja.
 |
| Susun atur strategi sebelum masuk bertempur, |
Ada
22 tempat yang korang kena ingat termasuk Kaunter Tiket
dan Exhibition Centre. Hahaha. Tapi mak nak bagitau siap2 jumlah ni tak
termasuk ada 4+1 tempat
belum siap dan belum beroperasi iaitu :-
1)
Chuck Power Up Battle Adventure
2)
The Jungle Book Playland
3)
The Jungle Book Journey
4)
MCM Cafeteria
 |
| Bergambar ajelah. |
5)
Monster Family Arcade (Sepatutnya dah buka masa
mak datang, tapi maybe tempat belum ready, Cuma monster dia ada buat
persembahan. Tapi ada mention park ni tak termasuk dalam All Day Pass. Cehhhhhh)
Dan Main Highlight dalam kategori Tarikan (Attraction) yang
korang mesti suka nak cuba ialah:
1)
DinoCore Extreme Activity Carpark
Yang ni mak bagitahu siap-siap hanya untuk yang tingginya 150cm ke atas, kalau ikut anak mak semua tak lepas masuk tapi entah macam mana, Umarr aja tak lepas sebab umar memang 95cm aja tingginya. Budak berdua tu lepas.
Dah namanya pun extreme so memang budak penuh energy akan suka ni. Kalau ramai2 mau berlanggar bergaduh nak main. Eh tak la, tempat dia besar oi, yang bestnya sebab dalam park ni saja ada:
Mega Trampoline Park
Rock Climbing
Foam Pit
Zorb Basketball
Ninja Obstacle Course
Castle Playground
Go Kart
Flying Fox Adventure
Airbag Jump
Ha bayangkan dalam satu park wei ada banyak ni, memang main ni aja dah puas agaknya. Ni kita la, budak2 ni ada reti penat, reti puas? Idoknyeeeee…
Ya ampun masa ni mak busy layan Umarr yang mengamuk dai tak dapat masuk, maka lupa amik gambar!
2) Larva UnderGround Adventure World
Masuk sini mesti lebih 90cm. Tapi masa mak pergi ni ada aja budak2 kecik masuk. Ada la sebenarnya tempat depa boleh main. Contoh macam kat Ballpool tu, janji mak ayah jaga, jangan la tinggal anak2 kau main handphone, sehari aja kot nak tengok anak main. Guna HP amik gambar aja k?
 |
| Keriangan terserlah. |
Mak kalau sebut Larva ni rasa nak menggetis. Sebab larva kan. Tak tau kenapa setiap kali Nampak larva ni mak ingat aksi depa kentut, mungkin sebab mak tgk tv cerita ni tertengok part dia kentut. Hahaha…
Tempat ni pun besar kau! Dalam ni ada:-
Construction Zone
The Rolling Worm
Larva Blaster
Projection Slides
Larva Go Round
Interactive Ballpool
Rainbow Tree
 |
| Larva BallsPool |
Memang puas main dalam ni, mak kalau tak fikir mak kertu memang mak join manjat2 oi. So kalau anak korang minat Larva boleh datang sini.
3)
Garfield Family Escape Playland
Sian anak2 sekarang bukan kenal pun kucing
gemuk pemalas ni. Kan? Kita mak bapak ni maybe la teruja tengok dia, budak
sekarang We Bare Bears dia tahu la kot.
Tapi not bad juga, tempatnya besar dan
banyak mainan jugak termasuk pasir pantai! Air laut aja jek takda. Apalagi
budak yang suka main pasir memang mengorek pasir ajelah kerjanya. Ok dalam ni
pula ada:-
Bean Bag Toss
Trampoline
Wall Climbing
Playground Slides
Life-Size Jigsaw
Treasure Hunt
Mini Bicycles
Cheese Fort
Stepping Stone Maze
Umarr dalam ni boleh kau dia layan
main basikal, nak marah pulak rasa tengok dia bukan main enjoy berbasikal. Mak
layan amik gambar la apalagi. Hahahaha. Kakak & Abang enjoy semua mainan tapi
depa tak teruja sangat, maybe sebab tak kenal Garfield.
Macam biasa wallpaper kat dinding
dia memang ingatkan sangat dengan memori bersama Garfield. Mak terus teringat
kawan mak Garbel, dimana dia agaknya sekarang?
4)
Harry & Bunny Magic Wonderland
Korang tahu ker kartun ni? Mak tak layan
tapi Harry ni dia magician dan dia ada Arnab nakal nama Bunnie. Tempat ni kecil
je. Ada 3 tarikan utama ;-
Magic School
The Magic Show
Enchanted Playground
Yang ni boleh pergi Magic Show dia,
simple aja tapi budak2 mesti la amazed kan? Playground dia kecik aja, maybe
anak2 tak pandang sebab kat Larva dan Garfield tadi memang jauh lebih besar dan menarik!
5)
City Of Glass
Yang ni pulak ialah lantai gelas tengah2 alam
tu dia buat sengaja nak bagi ko merangkak gayat. Park ni level 4, Nampak terus
sampai level ground kalau tak silap mak. Yamg failednya sebab glass tu atas
steel structure, jadi nak gayat kejap, tak gayat kejap gitu la perasaannya.
Tapi lama2 mak gayat juga. Hohohoho.
Ha itu baru 5 pun mak gerenti korang dah mintak nafas dan
tersengguk2 tunggu anak korang main. Memang pada mak kalau korang betul2
extreme masuk la jam 10.00 pagi tu dan bagi la anak korang main sampai puas,
sampai depa sendiri surrender penat. Serius tempat ni besar, bayangkan kalau
kat kidzoona tu ada 5-6 lagi taman serupa besar tu? Tak pengsan?
Selain tu ada 4 kategori RIDES yang disediakan iaitu;-
1)
Bumper Car
Ini kereta langgar2 tu. Sederhana besar,
ada lebih 10 kereta kalau tak silap mak dalam m=ni, tak sempat kira sebab anak
mak 2 orang aja main, balik2 dia langgar kau, kau langgar aku. Hahahah. Yang
dah lebih 110cm sahaja boleh main, maka menangislah anak manja mak yang bongsu
sambil mulutnya merapu, ntah maki mak ke maki tempat tu tak bagi dia masuk tak
tahulah. Hohohohho.
2)
Kiddie Ride
Yang ni 3 tahun ke atas boleh main. Bawak
motor & kereta yang boleh charge tu, tapi mak rasa macam naik dengan Awie
aja sebab motor dia bunyi macam Harley babe, jalan aja macam basikal, slow.
Wakakaka. Lama jugak mak round ngan Umarr, kembang hidungnya dapat kuasai
jentera berkaki 4 you!
3)
Tram Station
Yang ni walau selalu jumpa mak pun mesti
nak naik noks! So apapun anak memang nak naik punya. Hihihihi…
4)
HoverBoard Ride
Ni kalau teringin sangat nak naik boleh cuba.
Tapi ada mention ride ni tak termasuk dalam All Day Pass, so kena bayar kalau
nak cuba)
Untuk kategori Pendidikan (Educational) ada 3 section ;-
1)
Larva Activity Room
Kat sini ada Playtime Corner, Art Painting,
Brain Teaser Puzzles dan juga iSandBox
Kat sini katanya boleh create DIY yang senang
dan unik2 – bole decorate donut & cupcakes selain ada hand painted mugs,
tote bag dan sand art. Tapi masa mak pergi ni mak tak tau la mak terlepas
pandang atau tempat ni yang staff kat situ kata buka untuk lawatan sekolah aja.
Mak pun ok jalah sebab dah letih bermain. Tapi ada mention room ni tak termasuk
dalam All Day Pass
3)
Activity Room 2
Sini pula katanya budak sekolah boleh join story
telling, hand puppet dan puzzle yang mencabar. Tapi ada mention room ni tak
termasuk dalam All Day Pass jugak.
Ada satu tempat lagi dia panggil Factory machine, kat sini
katanya nak bagi factory ni berfungsi kita kena buat aktiviti gerakkan kereta
dan bawak mesej melalui paip besi. Budak berdua ni main tak habis agaknya hari
tu sebab mak ingat depa give up nak gerakkan kereta yang rodanya kaki kita.
Bahahaha. Malas la tu!
Selain itu ada Greeting – Meet& Show Section, sini
Karektor Cartoon Planet akan muncul dan sesi amik gambar akan berlangsung. Macam
biasa nanti beli la gambar ya.
Satu lagi ada Stage Show – MCM Parade, sini
persembahan menari dan menyanyi yang mengasyikkan akan berlangsung. So mesti
enjoy dan jangan terlepas ok?
Sini jugak ada 2 kedai souvenir iaitu Cartoon Planet &
MCM Gift Store. Selamat mak tak beli apa sebab masa pergi mak pergi dengan
Umarr aja, sebab mak keluarkan cerita penglipurlara maka tak lara la poket mak.
Amacam suka tak nak datang sini? So for more info, kita sambung part 2 nanti k?