Aku baru 36 tahun! Tiga Puluh Enam!!! Kenapa mesti sekarang?
"Puan, keputusan negatif ya. Puan tak mengandung."
Aku senyum kelat saja. Sebagai menghormati pemberitahuan Doktor. Dah aku katakan, aku yakin aku tak mengandung.
"Puan ok tak ni?"
"Ok. Saya ok."
"So saya akan bagi Puan antibiotik ya?"
Aku angguk sahaja. Melihat aku diam, doktor memberi pandangan "Are you sure are you ok?"
"It's ok doktor. Saya ok. Cuma saya ada 3 anak, maybe saya terlalu risau"
"Sebelum datang ada buat research? Google?"
Come on doc. Of course I did. Tak semua google tu tak boleh pakai. Aku ni nampak begitu lembabkah?
Dalam masa sama aku angguk sajalah. Sambil kesat airmata yang masih bersisa.
Doktor memberi pandangan dan muka emoji "Kenapalah tanya doktor google?"
Aku cuba menafi, tapi aku tahu impak menidakkan, sebab itu aku ambil keputusan sepantasnya untuk tidak bergantung kepada "Doktor Gugel". Kerana itu aku ke mari doktor. Sepertinya kemari kumar kumari sudah kerasakan saat ini.
Aku cuba menahan tangis tapi bila aku terbayang anak2 aku jadi sangat2 sebak.
Doktor mungkin cuba faham tapi biarlah. Aku malas nak menjelaskan kenapa aku overreacted.
Tahun ini sahaja kematian begitu dekat dengan aku. Pakcik suami aku baru sahaja pergi. Perginya begitu pantas. Tiba2 tak boleh berjalan, masuk hospital macam2 diagnosis diberi dan kesimpulan akhirnya kanser.
Sebelum itu sepupu suamiku juga, kanser serviks tahap 4. Masih muda, meninggalkan 4 orang anak yang kecilnya sebesar Umarr. Bagi tahu aku bagaimana aku boleh tidak menangis?
Saat dia sakit, melawat pun aku tak berani. Hanya ibu mertua aku yg menyampaikan cerita. Betapa hebatnya dugaan dia. Anak sulungnya yg masih sekolah rendah sendiri yang rajin menjaga, menukar pampers, meneman tidurnya.
Juga tak sampai 2 bulan lepas aku beranikan diri melawat ibu kawan sekelas di UM, malah pernah jadi housemate sekali pun. Mesej whatsapp yang diterima minta kami mendoakan ibunya kanser payudara tahap 4.
Ia sangat pantas. Tak sampai beberapa minggu ibunya pergi. Membawa memori betapa buruk dan jahatnya sel kanser meragut sebuah nyawa. Aku takkan lupa sebekas air merah yang keluar dari paru2 ibunya ditunjuk kepada aku. Takkan lupa.
Bayangkan. Bayangkan kalau itu tempat aku? Bagaimana aku boleh tabah?
Kalau aku tiada ketiak siapa Umarr dan Yusuf nak bau hingga tertidur?
Kalau aku pergi telinga mana nak dengar sekecil2 masalah dunia Maryam?
Kalau aku mati siapa boleh sabar dengan kerenah anak-anak aku?
Siapa?
Macam mana keadaan anak2 aku nak terima aku dah tiada? Aku terbayang satu2 muka anak aku. Maryam, Yusuf dan Umarr.
Oh Allah...
![]() |
| Anak2, just after the Sonogram session. |

0 comments:
Post a Comment