Wednesday, November 14, 2018

Review Supermak Jalan2 MCM Studio JB – The Largest Indoor Theme Park (Part 2)


Lupa nak bagitahu bayaran masuk park ni kan?

Masuk sini All Day Pass ialah RM128. Untuk masuk certain2 park juga boleh dan bayarannya seperti di bawah ini.




Cumanya sebab tempat ni sangat besar, maka eloklah amik all day pass aja. Sebab nanti sian anak nak main banyak benda tak dapat. Berbaloi sangat dengan harga dan bayarannya, Cuma masa mak mak dapat 5 tiket dengan harga RM350 masa beli di Matta Fair. So jatuh RM70 seorang, mak rasa value for money yang kami dah keluarkan untuk main semua tempat dalam ni kecuali yang belum buka, so kalau semua dah buka dan harga masih RM128 pada mak sangat2 berbaloi. Mungkin berat sikit kalau kita ramai anak. Hihihi…

Gembira tukar voucher jadi gelang masuk. 
Korang pandai2 la cari harga promosi, mesti dapat yang lebih berbaloi dari mak.
Ok sebenarnya kalau nak tanya review mak, mak akan tekankan kat sini yang kita kena ingat apa tujuan kita datang sini. Kalau kau nak anak2 main sampai puas, penat tapi happy mak rekemen tempat ni. Tapi kalau kau kata kau nak main sama tapi tak dapat, mungkin korang rasa tak seronok sangat la.

Kat pintu masuk. Pakai kasut n stokin ya.
Tempat ni memang khas untuk budak2, tapi ok aja kalau kau sejenis meneman anak2 main. Mak main aja trampoline tu kejap, nak main lama malu noks sebab nanti aku tak berenti pulak. Lepas tu Dinocore tu macam ok dewasa nak masuk. Kalau suka gilir2 la dengan isteri keluar masuk.

Depan pintu masuk Rumah Kucing Gemuk
Sini budak bawah 12 tahun kau mesti teman, kalau tak staff sini perasan kau tak tengok depa, nanti depa hallo pulis terus. 

Kalau mak nampak anak ko baru berjalan jilat2 bola dalam Ballpool dan ko main hp mak tazkirah kau kat situ jugak. Maka hati-hati ya.

kami makan eskrem aja ngan popcorn.

So bagi mak anak2 mak sangat suka kecuali Umarr masih lagi meratapi hiba kependekkanya tak dapat bermain dia 2 park yang perlu ketinggian min 110cm ke atas. Nak buat macam mana, baby lagi kan.

Tunggu order. Rupanya tak put order! Cantik kan restorennya!
So korang boleh pergi once semua dah siap, lagi berbaloi-baloi. Cuma kalau tak sabar nak jumpa Larva korang boleh masuk park larva sahaja dulu, tak ada masalah.
Cuma mak kongsi tips disini :-

TIPS !!!

1)      Masuk sini jangan lupa pakai kasut dan stoking

2)      Bagi anak2 makan secukupnya sebelum masuk, sebab nanti depa main lama tau, dalam ni tak boleh bawa masuk makanan.

3)      Ada beberapa kiosk makanan ringan2 macam aiskrim wall, nugget, popcorn and etc tapi macam biasa harga akan mahal extra RM1-3. Mineral water standard RM3

4)      Ada satu sahaja restoren baru buka dalam ni iaitu Garfield Chef Restaurant. Ini memang 1st restoren bertema Garfield di Asia Tenggara. Mak tak makan sini tapi katanya harga boleh tahan, standard theme park la kan? Next akan dibuka MCM Cafeteria. Elok sangat la ada sebab kalau main jam 10 pagi sampai 6 petang tak ker kena makan tengahari?

5)      Bawa la satitizer sendiri, senang nak calit2 tangan anak nanti. Mak dah komplen dah haritu supaya dia sediakan sanitizer besar2 kat setiap stesen atau stesen2 tertentu.

6)      Ada toilet dalam ni, sebelum masuk sebelah tiket kaunter pun ada. Tapi mak lupa nak cek surau dalam ni. Kalau ikut ada 4 toilet dalam plan. Surau takde mention dan mak lupa nak confirmkan dengan depa. Kitaorang masuk dah lepas zuhur dalam pukul 2ptg dan keluar jam 5 petang.

7)      Tempat ni masih baru, masih banyak improvement dia tengah buat. So expect some kelemahan ya kalau ke sini dalam jangkamasa terdekat. Kalau korang expectation terlalu tinggi mohon pergi setahun lagi. Tak la teruk sangat tapi tempat baru kan, mall dia pun tengah touch up sini sana. Terutama parking area.

8)      Bawa la stroller, kang anak nak tidur senang, bilik babycare ada tapi mak lupa pergi buat lawatan, maklumlah takde baby bucuk dah.

9)      Start next year waktu operasi dai akan berubah, so plan baik2 ya, mak rasa kalau nak sedap paling kurang 5 jam dalam ni tambah2 lagi bila semua siap nanti maybe lagi panjang masa diperlukan.
So itu sahaja dari mak, harap bermanfaat.

About Supermak

Saya Supermak anak 3!

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment