Wednesday, July 25, 2018

KENAPA KITA TAK MAKAN BABI TAPI TAK MALU JADI PONDAN?


Yusuf melopong.

Mak tahu minda dia penuh pertanyaan memandang ke kaunter cashier yang dihuni 2 remaja keliru identiti.

Mata Yusuf jelas penuh persoalan. Mak biarkan namun dalam hati berdoa jangan sesekali budak ini melepas bicara. 

Selesai membayar mak membawa Yusuf ke sudut yang jauh sedikit dari 2 remaja tadi.

Mak : Yusuf kenapa? Tgk 2 abang tu ya? Yusuf xboleh ya jadi macam tu. Lelaki tak boleh bersolek.

Yusuf : Kan mama? Kenapa yg sorang tu rambut panjang.

Mak : Sebab hati dia tak kuat, iman dia tak kuat. Abang sorang tu bukan main hensem hidung mancung terletak, kalau jadi lelaki mmg hensem sangat tu. Abang ingat ya abang lelaki.

Yusuf : Yelah mama abang lelaki.

Mak : Ye betul. Sebab tu kena jadi lelaki. Ingat mama pesan buat apa yg Allah suka. Buat apa yg Allah lebih suka tu lebih baik. Kalau Allah suka, mama mesti suka. Jadi pondan Allah laknat. Allah benci. Nabi mesti menangis kalau Nabi tgk umat dia mcm ni.

Itulah sebenarnya. Persoalannya kenapa kita lebih bertahan soal tidak boleh makan babi tapi kita tetap tidak malu jadi pondan, jadi pengkid. Alkohol pun kita teguk. Berzina apatah lagi.

Mungkin kita lupa nak pesan kpd anak kita sedari kecil yang pegang tangan bukan muhrim itu dosa, minum arak itu haram, jadi pondan itu berdosa.

Marilah sama2 kita sentiasa ingatkan anak2 kita apa yg benar2 dibenci Allah. Masyarakat kita semakin hancur. Jika kita mahu membantu, didiklah anak2 kita. InsyaAllah jika setiap kita ambil tahu isi rumah kita, kita akan bantu masyarakat melahir rakyat yang terpelihara.

Sini mak kongsi link dari facebook Nas Daily. Mungkin ini cara mudah penerangan tentang isu2 ini.

https://www.facebook.com/nasdaily/videos/1065986840220134/

Moga Allah selamatkan anak2 kita. Moga Allah pelihara kita semua.
About Supermak

Saya Supermak anak 3!

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment