Maybe pada sesetengah orang PKP ini amat membosankan lagi menyusahkan.
Lagi-lagi bagi mereka
yang kerja memang berlambak kat ofis, lepas tu tiba-tiba kena kerja dari rumah.
Anak pulak ramai, susah nak bagi masa jaga anak sambil buat kerja. Yang ada
anak bawah 5 tahun, it was not easy. Lagi-lagi kita selaku ibu.
Setakat ni,
Alhamdulillah mak masih ok.
As I always
dream, mak nak sangat jadi WAHM ( Work at home mom). Jadi bagi mak PKP ini
rahmat bagi memenuhi impian mak sekian lama. Mak masak, kemas, masak, bebel,
layan bisnes, masak lagi, bebel lagi dan lagi.
Kedengaran
stress kan?
Tapi bagi mak
ia jauh lebih tenang dari hari2 biasa mak. Sebabnya mak banyak ambil tugas jaga
anak khasnya berkaitan sekolah diaorang.
Bayangkan selama
ni pagi-pagi seawal 6.30 pagi kami dah keluar rumah menuju sekolah. Perjalanan
kami dalam 15-20 minit sahaja sepatutnya tapi jem di kawasan rumah kami amat
teruk dan ini meningkatkan level stress mak hari2. Balik pun sama. Stuck in jam
ni lagi lama dari perjalanan.
Jadi mak
kira PKP ini adalah training bagi mak untuk jadi WAHM. Sudah 18 hari mak masak
3 kali sehari. Level stress mak, mak dapat rasakan menurun. Walaupun mak masih
membebel tapi rasa lega tak perlu terkejar-kejar hari-hari tu sangat rahmat
buat mak.
Hopefully
kawan-kawan mak semuanya doing very well kat rumah during PKP ni ya? Mak? Fuh mak sama aja macam korang!
![]() |
| Wakakakkaa, during PKP ni semua skill memasak terpelanting keluar, Kan? |
![]() |
| Dan tiba-tiba semua mampu menjadi pekebun. |
Macam sekarang
mak tengah menulis catatan ni sambil memandang ke luar jendela yang sedang
hujan lebat, kilat sabung menyabung, guruh berdentum-dentum. Bau hujan dan rumput
bergabung dan ia selalu menjadi bau yang mak sangat suka dan selalu rindukan. Berbeza
kalau di opis, bila hujan aja kalut dah nak balik nanti jem, tambah lagi level
stress.
![]() |
| Sambil menulis blog terkini. |
Duduk rumah
pun elok kan migrain pun tak datang, selsema tak jadi, demam tak lama. Hahahha,
betul tak?. Kalau betul memang la kita sebenarnya stress dengan gaya hidup kita
selama ni. PKP ini adalah kerehatan bagi sesetengah dari kita. Tapi ada juga
yang makin stress sebab bos tak habis2 call, whatapps dan email tanya kerja.
Kalau yang macam ni jangan lupa sediakan pil 3 sekawan siap2 atas meja. Mak macam
ni la atasi beban stress sekaligus atasi migrain tanpa painkillerselama ini.
Walaupun
mak harap PKP dan Covid-19 ni cepat berlalu, tapi dihati kecil mak berkata, mak
mahukan PKP disambung lagi. Mak mahu terus bekerja di rumah, you know dengan
SOHO santai yang mak set semasa PKP ni, bikin hati malas dah nak masuk ofis. Lagi2
hari-hari nak kena drive. Hukhukhuk…
![]() |
| Best weh buat kerja kat sini, udara sepoi2, Permandangan cun, sofa empuk. |
Apapun
korang semua jagalah diri, jangan lupa minum air dengan cukup, makan makanan
yang baik, lakukan sedikit senaman dan kalau amik supplemen, ambillah supplemen
yang selamat dan jangan lupa cuba supplemen tingkat imun yang selamat dan
semulajadi.
Kalau boring gila duduk rumah, duit pun takde, baik join mak bisnes. Ye dak? Tekan link kita sembang jom!
Sekian dari
mak buat kali ini.














