Saturday, April 4, 2020

ATASI MIGRAIN TANPA PAINKILLER

Migrain sejak darjah 2

Mak migrain since darjah 2.

Mak ingat sangat sebab mak sakit kepala yang teruk siap muntah. Masa darjah 2 tu mak ingat sangat masa mak sakit tu mak sarapan kuih seri muka. Mak suka sangat seri muka masa tu. Tapi lepas peristiwa tu mak masih makan tapi dah trauma sedikit dalam kehidupan pemakanan mak.

Dan sebelum migrain mak akan nampak cahaya terang yang memancar2 seperti kelip2 di sebelah mata mak. Keadaan ni akan buat mak terus tak ada mood sebab mak tahu mak akan diserang sakit kepala yang teruk.

Mak sebenarnya amat nak marah kalau doctor tanya “Macam mana awak tahu awak migrain?”

Yelah ingat kita sesuka ka nak diagnos kita ni sakit kepala teruk? Bila terang barulah dia angguk2 kekonon faham kesakitan kita. Hmmmmm…

Sebenarnya apa itu migrain? Macam mana sakit migrain ni?

Macam mana kita nak tahu yang kita ada migrain?

1)      Sekurangnya kita mengalami 5 kali serangan diikuti dengan simptom2 seperti dalam list 2-4 di bawah

2)      Serangan dalam jangka masa 4 sehingga 72 jam.

3)      Fasa kesakitan biasanya melibatkan sekurangnya 2 simptom di bawah:
-          Sakit satu bahagian kepala
-          Berdenyut-denyut
-          Sakit yang sederhana
-          Semakin meningkat jika melakukan aktiviti fizikal

4)      Semasa serangan sakit kepala juga diikuti :
-          Muntah-muntah
-          Sensitif terhadap cahaya (Photophobia) atau bunyi (Phonophobia)

5)      Laporan perubatan menunjukkan tiada masalah kesihatan lain yang serius seperti kanser otak, alergik, sinus, masalah pergigian atau kecederaan kepala yang menyebabkan sakit kepala.

Jenis-jenis migrain

1)      Migrain beserta aura

-          Efek 15% penghidap migrain

-          Migrain dimulakan dengan tanda-tanda amaran yang dipanggil “aura”. Ini bermaksud migrain is otw to happen.

-          Biasanya simptom2 dalam bentuk visual dan non-visual seperti:

a) Simptom Visual – Nampak bintang, flashing (cahaya & warna), blind spots, kabur pandangan, tunnel vision, garisan beralun

b) Simptom Non Visual – Kebas, keliru, keletihan melampau, berpeluh, pening, demam

-          Biasanya juga kesakitan ditemani oleh salah satu atau lebih simptom di bawah:
·         Muntah/Mual
·         Muka Bengkak
·         Merasa seram sejuk
·         Sakit perut
·         Sensitif terhadap cahaya, bumyi atau bau yang kuat
·         Hilang selera makan

-          Selepas kesakitan hilang biasanya pesakit migrain akan menjadi sangat dahaga, lesu dan letih, blur serta tidak bermaya.

2)      Migrain tanpa aura

-          Efek kepada 80% pesakit migrain

-          Tiada tanda-tanda amaran diberi

-          Tetapi segelintir pesakit melaporkan mereka mengalami :
·         Sembelit atau cirit birit
·         Keinginan makan makanan tertentu
·         Pening dan mual
·         Seram sejuk
·         Kerap kencing
·         Dahaga
·         Depresi
·         Sukar fokus
·         Gelisah

-          Berbanding migrain dengan aura, migrain tanpa aura biasanya ermula lebih perlahan tetapi pada jangka masa sakit yang lebih panjang.

Penyebab migrain

Ada 2 penyebab yang paling memungkinkan migrain terjadi :

1)      Saluran darah mengecil atau mengembang disebabkan oleh pemicu seperti stress atau alergik. Apabila arteri mengecil, pengaliran darah ke otak menjadi kurang dan oksigen ke otak juga menjadi rendah. Ini menyebabkan salur2 darah dan kulit kepala menjadi kembang. Pengembangan ini menyebabkan kesakitan, menghasilkan substances menyebabkan inflamasi dan bengkak, yang membawa kepada muntah dan sensitif kepada cahaya. Kesan berdenyut-denyut pula adalah disebabkan tekanan kepasa saraf-saraf di dalam salur darah.

2)      Serotonin – walaupun masih belum dipastikan, namun ramai pengkaji berkaitan sakit kepala menemui yang serotonin yg membanjiri salur darah di otak menyebabkan ia menjadi sempit. Ini mebawa kepada paras serotonin menjadi rendah dalam salur darah dan menyebabkan sakit berdenyut-denyut terjadi.

Paras gula dalam darah, sesetengah makanan dan perubahan paras hormone estrogen wanita boleh merubah paras serotonin dalam tubuh mereka. No wonder wanita adalah 3 kali lebih ramai diserang migrain berbanding lelaki!

Atasi migrain dengan nutrisi pemakanan

1)      Magnesium

-          Kajian menunjukkan magnesium dapat membantu melegakan sakit migrain kerana kekurangan magnesium ditemui dalam semua penderita sakit kepala.

-          Magnesium berkesan sebagai pencegah dan juga penyembuh sakit kepala (Corinne T. Netzer, author of Big Book of Miracles Cures)

-          Menurut beliau lagi magnesium berkemungkinan boleh :
a)       Cegah serangan sakit kepala
b)      Mengurangkan jarak masa sakit
c)       Mengurangkan atau menghentikan sakit kepala
d)      Mengurangkan atau menghentikan simptom muntah dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi
e)      Mengelakkan pengulangan sakit kepala
f)        Memberi kelegaan apabila diambil semasa serangan sakit kepala terjadi

Namun begitu adalah sangat penting untuk maintain keseimbangan di antara magnesium dan kalsiuam dalam tubuh. Kehilangan kalsium dalam darah akan menyebabkan kehilangan magnesium juga ya!

2)      EPA

-          Minyak ikan yang terdiri daripada EPA dan DHA boleh mengurangkan simptom sakit kepala/migrain kerana ia dikenali sebagai ejen anti inflamasi.

-          Pengurangan dan kekerapan serangan migrain disebut dalam 2 kajian yang dijalankan oleh University of Cincinnati yang merumuskan bahawa minyak ikan dapat bantu mengelakkan migrain terjadi disebabkan oleh kebolehannya mengurangkan kekejangan salur darah.

3)      Vitamin B2 (Riboflavin)

-          59% dari 55 orang penghidap migrain yang mengambil 400mg of vitamin B2 setiap hari selama 3 bulan menunjukkan keadaan mereka bertambah baik sebanyak 50%

-          Kajian juga menunjukkan high dose of vitamin B2 boleh mengurangkan durasi dan kekerapan serangan migrain

-          Ini kerana migrain dipercayai disebabkan oleh kekurangan penjana tenaga tertentu dalam sel otak sesetengah pesakit migrain. B2 memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga, maka dengan menambah pengambilan vitamin ini secara tidak langsung bantu menjana kembali system tenaga dan menghentikan kesakitan migrain

-          Antara kelebihan mengambil vitamin B2 bagi mengatasi migrain :
a)       Ianya semulajadi
b)      Sesuai buat hampir semua orang
c)       Murah!

-          Konsistenlah mengambilnya selama 2-3 bulan untuk melihat hasilnya. Jangan risau kerana kesan sampingan pengambilan ini adalah sangat minor seperti cirit birit dan kerap kencing sahaja

Pilihan Supermak

Alhamdulillah migrain mak sangat terkawal dan dah takda migrain kronik serta muntah dan jadi zombie setiap kali migrain.

5 tahun lepas, MC 14 hari habis sebab migrain.

Sejak amalkan 3 remedi ini syukur tak pernah MC sebab migrain sejak 5 tahun lepas!

Apa yang mak suggest korang amalkan?

Mak amalkan makan magnesium dan kalsium dari produk Ostematrix, minyak ikan dalam Omega Guard dan Vitamin B2 dalam B Complex Shaklee! Tadaaaaaa….



Yeay!

Akhirnya mak tak perlukan painkillers lagi dah. Syukur!

Bagaimana nak dapatkannya? Klik dan hubungi mak okey? Siapa lagi boleh bagi konsultasi terbaik tentang migrain anda kalau bukan penghidap migrain tegar yang dah bertambah baik seperti mak bukan?


 Supermak


About Supermak

Saya Supermak anak 3!

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment