Saturday, April 4, 2020

MUHASABAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)


Maybe pada sesetengah orang PKP ini amat membosankan lagi menyusahkan.
Lagi-lagi bagi mereka yang kerja memang berlambak kat ofis, lepas tu tiba-tiba kena kerja dari rumah. Anak pulak ramai, susah nak bagi masa jaga anak sambil buat kerja. Yang ada anak bawah 5 tahun, it was not easy. Lagi-lagi kita selaku ibu.

Setakat ni, Alhamdulillah mak masih ok.

As I always dream, mak nak sangat jadi WAHM ( Work at home mom). Jadi bagi mak PKP ini rahmat bagi memenuhi impian mak sekian lama. Mak masak, kemas, masak, bebel, layan bisnes, masak lagi, bebel lagi dan lagi.

Kedengaran stress kan?

Tapi bagi mak ia jauh lebih tenang dari hari2 biasa mak. Sebabnya mak banyak ambil tugas jaga anak khasnya berkaitan sekolah diaorang.

Bayangkan selama ni pagi-pagi seawal 6.30 pagi kami dah keluar rumah menuju sekolah. Perjalanan kami dalam 15-20 minit sahaja sepatutnya tapi jem di kawasan rumah kami amat teruk dan ini meningkatkan level stress mak hari2. Balik pun sama. Stuck in jam ni lagi lama dari perjalanan.
Jadi mak kira PKP ini adalah training bagi mak untuk jadi WAHM. Sudah 18 hari mak masak 3 kali sehari. Level stress mak, mak dapat rasakan menurun. Walaupun mak masih membebel tapi rasa lega tak perlu terkejar-kejar hari-hari tu sangat rahmat buat mak.

Hopefully kawan-kawan mak semuanya doing very well kat rumah during PKP ni ya? Mak? Fuh mak sama aja macam korang!

Wakakakkaa, during PKP ni semua skill memasak terpelanting keluar, Kan?
Dan tiba-tiba semua mampu menjadi pekebun.
Macam sekarang mak tengah menulis catatan ni sambil memandang ke luar jendela yang sedang hujan lebat, kilat sabung menyabung, guruh berdentum-dentum. Bau hujan dan rumput bergabung dan ia selalu menjadi bau yang mak sangat suka dan selalu rindukan. Berbeza kalau di opis, bila hujan aja kalut dah nak balik nanti jem, tambah lagi level stress.

Sambil menulis blog terkini.
Duduk rumah pun elok kan migrain pun tak datang, selsema tak jadi, demam tak lama. Hahahha, betul tak?. Kalau betul memang la kita sebenarnya stress dengan gaya hidup kita selama ni. PKP ini adalah kerehatan bagi sesetengah dari kita. Tapi ada juga yang makin stress sebab bos tak habis2 call, whatapps dan email tanya kerja. Kalau yang macam ni jangan lupa sediakan pil 3 sekawan siap2 atas meja. Mak macam ni la atasi beban stress sekaligus atasi migrain tanpa painkillerselama ini.

Walaupun mak harap PKP dan Covid-19 ni cepat berlalu, tapi dihati kecil mak berkata, mak mahukan PKP disambung lagi. Mak mahu terus bekerja di rumah, you know dengan SOHO santai yang mak set semasa PKP ni, bikin hati malas dah nak masuk ofis. Lagi2 hari-hari nak kena drive. Hukhukhuk…

Best weh buat kerja kat sini, udara sepoi2, Permandangan cun, sofa empuk.
Apapun korang semua jagalah diri, jangan lupa minum air dengan cukup, makan makanan yang baik, lakukan sedikit senaman dan kalau amik supplemen, ambillah supplemen yang selamat dan jangan lupa cuba supplemen tingkat imun yang selamat dan semulajadi.

Kalau boring gila duduk rumah, duit pun takde, baik join mak bisnes. Ye dak? Tekan link kita sembang jom!

 Supermak

Sekian dari mak buat kali ini.

About Supermak

Saya Supermak anak 3!

You Might Also Like

2 comments: