Wednesday, November 14, 2018

Review Supermak Jalan2 MCM Studio JB – The Largest Indoor Theme Park (Part 2)


Lupa nak bagitahu bayaran masuk park ni kan?

Masuk sini All Day Pass ialah RM128. Untuk masuk certain2 park juga boleh dan bayarannya seperti di bawah ini.




Cumanya sebab tempat ni sangat besar, maka eloklah amik all day pass aja. Sebab nanti sian anak nak main banyak benda tak dapat. Berbaloi sangat dengan harga dan bayarannya, Cuma masa mak mak dapat 5 tiket dengan harga RM350 masa beli di Matta Fair. So jatuh RM70 seorang, mak rasa value for money yang kami dah keluarkan untuk main semua tempat dalam ni kecuali yang belum buka, so kalau semua dah buka dan harga masih RM128 pada mak sangat2 berbaloi. Mungkin berat sikit kalau kita ramai anak. Hihihi…

Gembira tukar voucher jadi gelang masuk. 
Korang pandai2 la cari harga promosi, mesti dapat yang lebih berbaloi dari mak.
Ok sebenarnya kalau nak tanya review mak, mak akan tekankan kat sini yang kita kena ingat apa tujuan kita datang sini. Kalau kau nak anak2 main sampai puas, penat tapi happy mak rekemen tempat ni. Tapi kalau kau kata kau nak main sama tapi tak dapat, mungkin korang rasa tak seronok sangat la.

Kat pintu masuk. Pakai kasut n stokin ya.
Tempat ni memang khas untuk budak2, tapi ok aja kalau kau sejenis meneman anak2 main. Mak main aja trampoline tu kejap, nak main lama malu noks sebab nanti aku tak berenti pulak. Lepas tu Dinocore tu macam ok dewasa nak masuk. Kalau suka gilir2 la dengan isteri keluar masuk.

Depan pintu masuk Rumah Kucing Gemuk
Sini budak bawah 12 tahun kau mesti teman, kalau tak staff sini perasan kau tak tengok depa, nanti depa hallo pulis terus. 

Kalau mak nampak anak ko baru berjalan jilat2 bola dalam Ballpool dan ko main hp mak tazkirah kau kat situ jugak. Maka hati-hati ya.

kami makan eskrem aja ngan popcorn.

So bagi mak anak2 mak sangat suka kecuali Umarr masih lagi meratapi hiba kependekkanya tak dapat bermain dia 2 park yang perlu ketinggian min 110cm ke atas. Nak buat macam mana, baby lagi kan.

Tunggu order. Rupanya tak put order! Cantik kan restorennya!
So korang boleh pergi once semua dah siap, lagi berbaloi-baloi. Cuma kalau tak sabar nak jumpa Larva korang boleh masuk park larva sahaja dulu, tak ada masalah.
Cuma mak kongsi tips disini :-

TIPS !!!

1)      Masuk sini jangan lupa pakai kasut dan stoking

2)      Bagi anak2 makan secukupnya sebelum masuk, sebab nanti depa main lama tau, dalam ni tak boleh bawa masuk makanan.

3)      Ada beberapa kiosk makanan ringan2 macam aiskrim wall, nugget, popcorn and etc tapi macam biasa harga akan mahal extra RM1-3. Mineral water standard RM3

4)      Ada satu sahaja restoren baru buka dalam ni iaitu Garfield Chef Restaurant. Ini memang 1st restoren bertema Garfield di Asia Tenggara. Mak tak makan sini tapi katanya harga boleh tahan, standard theme park la kan? Next akan dibuka MCM Cafeteria. Elok sangat la ada sebab kalau main jam 10 pagi sampai 6 petang tak ker kena makan tengahari?

5)      Bawa la satitizer sendiri, senang nak calit2 tangan anak nanti. Mak dah komplen dah haritu supaya dia sediakan sanitizer besar2 kat setiap stesen atau stesen2 tertentu.

6)      Ada toilet dalam ni, sebelum masuk sebelah tiket kaunter pun ada. Tapi mak lupa nak cek surau dalam ni. Kalau ikut ada 4 toilet dalam plan. Surau takde mention dan mak lupa nak confirmkan dengan depa. Kitaorang masuk dah lepas zuhur dalam pukul 2ptg dan keluar jam 5 petang.

7)      Tempat ni masih baru, masih banyak improvement dia tengah buat. So expect some kelemahan ya kalau ke sini dalam jangkamasa terdekat. Kalau korang expectation terlalu tinggi mohon pergi setahun lagi. Tak la teruk sangat tapi tempat baru kan, mall dia pun tengah touch up sini sana. Terutama parking area.

8)      Bawa la stroller, kang anak nak tidur senang, bilik babycare ada tapi mak lupa pergi buat lawatan, maklumlah takde baby bucuk dah.

9)      Start next year waktu operasi dai akan berubah, so plan baik2 ya, mak rasa kalau nak sedap paling kurang 5 jam dalam ni tambah2 lagi bila semua siap nanti maybe lagi panjang masa diperlukan.
So itu sahaja dari mak, harap bermanfaat.

Read More

Tuesday, November 13, 2018

REVIEW SUPERMAK - TAMAN TEMA INDOOR TERBESAR DI ASIA TENGGARA - MCM STUDIO

Ok last weekend mak berpeluang pergi MCM Studio – The Largest Indoor Theme Park in Southeast Asia! Dengar pun wow gitu, kan? Kat fikiran mak satu je, main la kau anak2 sampai lebam.

Supermak
Capital City Mall, Johor Bahru.

Ok sebenarnya park ni baru buka kat Capital City Mall, Johor Bahru. Event Mall ni pun mall baru, belum siap sepenuhnya. Masa pergi naik parking pun scary, sebab suasananya macam kau pergi bangunan belum siap touch up. Event mak hari2 duk site, mak tetap scary.

Opss sorry, starting pun scary pulak.

Ok mak pergi ni sebab mak dah beli tiket siap2 masa last event Matta Fair kat PWTC. Sebab tiket akan expired bulan depan, maka kami pun pergi la minggu baru ni sebab bapak budak2 ni cuti. Next month nak buat aktiviti lain, maka tak rasa dapat turun JB.

So berangkatlah anak beranak ke JB, memang sampai lambat sebab pagi sebelum pergi kereta kena tukar wheel bearing. So sampai JB dah maghrib. Ingat sampai dalam 4 petang boleh la gagah nak masuk park ni juga sebab dia BUKA dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Saat mak menulis ini ia dibuka sehingga jam 10.00 malam sehingga end November 2018. Bulan 12 mak ada dapat notis ia akan dibuka sehingga jam 6 petang sahaja. Mulai 2019 mungkin depa masih mengkaji waktu yang sesuai sebab notis tu memang stated bulan 12 sahaja.

Supermak
Susun atur strategi sebelum masuk bertempur,

Ada 22 tempat yang korang kena ingat termasuk Kaunter Tiket dan Exhibition Centre. Hahaha. Tapi mak nak bagitau siap2 jumlah ni tak termasuk ada 4+1 tempat belum siap dan belum beroperasi iaitu :-

1)      Chuck Power Up Battle Adventure
2)      The Jungle Book Playland
3)      The Jungle Book Journey
4)      MCM Cafeteria

Bergambar ajelah.

5)      Monster Family Arcade (Sepatutnya dah buka masa mak datang, tapi maybe tempat belum ready, Cuma monster dia ada buat persembahan. Tapi ada mention park ni tak termasuk dalam All Day Pass. Cehhhhhh)




Dan Main Highlight dalam kategori Tarikan (Attraction) yang korang mesti suka nak cuba ialah:

1)      DinoCore Extreme Activity Carpark


Yang ni mak bagitahu siap-siap hanya untuk yang tingginya 150cm ke atas, kalau ikut anak mak semua tak lepas masuk tapi entah macam mana, Umarr aja tak lepas sebab umar memang 95cm aja tingginya. Budak berdua tu lepas.

Dah namanya pun extreme so memang budak penuh energy akan suka ni. Kalau ramai2 mau berlanggar bergaduh nak main. Eh tak la, tempat dia besar oi, yang bestnya sebab dalam park ni saja ada:
Mega Trampoline Park
 Rock Climbing
 Foam Pit
Zorb Basketball
Ninja Obstacle Course
 Castle Playground
 Go Kart
Flying Fox Adventure
Airbag Jump

Ha bayangkan dalam satu park wei ada banyak ni, memang main ni aja dah puas agaknya. Ni kita la, budak2 ni ada reti penat, reti puas? Idoknyeeeee…

Ya ampun masa ni mak busy layan Umarr yang mengamuk dai tak dapat masuk, maka lupa amik gambar!


2)       Larva UnderGround Adventure World

Masuk sini mesti lebih 90cm. Tapi masa mak pergi ni ada aja budak2 kecik masuk. Ada la sebenarnya tempat depa boleh main. Contoh macam kat Ballpool tu, janji mak ayah jaga, jangan la tinggal anak2 kau main handphone, sehari aja kot nak tengok anak main. Guna HP amik gambar aja k?

SupermakOfficial
Keriangan terserlah.

Mak kalau sebut Larva  ni rasa nak menggetis. Sebab larva kan. Tak tau kenapa setiap kali Nampak larva ni mak ingat aksi depa kentut, mungkin sebab mak tgk tv cerita ni tertengok part dia kentut. Hahaha…

Tempat ni pun besar kau! Dalam ni ada:-
Construction Zone
The Rolling Worm
 Larva Blaster
 Projection Slides
Larva Go Round
Interactive Ballpool
Rainbow Tree

Larva BallsPool

Memang puas main dalam ni, mak kalau tak fikir mak kertu memang mak join manjat2 oi. So kalau anak korang minat Larva boleh datang sini.







  

3)      Garfield Family Escape Playland

Sian anak2 sekarang bukan kenal pun kucing gemuk pemalas ni. Kan? Kita mak bapak ni maybe la teruja tengok dia, budak sekarang We Bare Bears dia tahu la kot.


Tapi not bad juga, tempatnya besar dan banyak mainan jugak termasuk pasir pantai! Air laut aja jek takda. Apalagi budak yang suka main pasir memang mengorek pasir ajelah kerjanya. Ok dalam ni pula ada:-

  Bean Bag Toss
Trampoline
 Wall Climbing
 Playground Slides
 Life-Size Jigsaw
Treasure Hunt
Mini Bicycles
Cheese Fort
 Stepping Stone Maze





Umarr dalam ni boleh kau dia layan main basikal, nak marah pulak rasa tengok dia bukan main enjoy berbasikal. Mak layan amik gambar la apalagi. Hahahaha. Kakak & Abang enjoy semua mainan tapi depa tak teruja sangat, maybe sebab tak kenal Garfield.


Macam biasa wallpaper kat dinding dia memang ingatkan sangat dengan memori bersama Garfield. Mak terus teringat kawan mak Garbel, dimana dia agaknya sekarang?



4)      Harry & Bunny Magic Wonderland

Korang tahu ker kartun ni? Mak tak layan tapi Harry ni dia magician dan dia ada Arnab nakal nama Bunnie. Tempat ni kecil je. Ada 3 tarikan utama ;-

Magic School
The Magic Show
Enchanted Playground

Yang ni boleh pergi Magic Show dia, simple aja tapi budak2 mesti la amazed kan? Playground dia kecik aja, maybe anak2 tak pandang sebab kat Larva dan Garfield tadi memang jauh lebih besar dan menarik!



5)      City Of Glass

Yang ni pulak ialah lantai gelas tengah2 alam tu dia buat sengaja nak bagi ko merangkak gayat. Park ni level 4, Nampak terus sampai level ground kalau tak silap mak. Yamg failednya sebab glass tu atas steel structure, jadi nak gayat kejap, tak gayat kejap gitu la perasaannya. Tapi lama2 mak gayat juga. Hohohoho.




Ha itu baru 5 pun mak gerenti korang dah mintak nafas dan tersengguk2 tunggu anak korang main. Memang pada mak kalau korang betul2 extreme masuk la jam 10.00 pagi tu dan bagi la anak korang main sampai puas, sampai depa sendiri surrender penat. Serius tempat ni besar, bayangkan kalau kat kidzoona tu ada 5-6 lagi taman serupa besar tu? Tak pengsan?



Selain tu ada 4 kategori RIDES yang disediakan iaitu;-

1)      Bumper Car

Ini kereta langgar2 tu. Sederhana besar, ada lebih 10 kereta kalau tak silap mak dalam m=ni, tak sempat kira sebab anak mak 2 orang aja main, balik2 dia langgar kau, kau langgar aku. Hahahah. Yang dah lebih 110cm sahaja boleh main, maka menangislah anak manja mak yang bongsu sambil mulutnya merapu, ntah maki mak ke maki tempat tu tak bagi dia masuk tak tahulah. Hohohohho.

2)      Kiddie Ride


Yang ni 3 tahun ke atas boleh main. Bawak motor & kereta yang boleh charge tu, tapi mak rasa macam naik dengan Awie aja sebab motor dia bunyi macam Harley babe, jalan aja macam basikal, slow. Wakakaka. Lama jugak mak round ngan Umarr, kembang hidungnya dapat kuasai jentera berkaki 4 you!

3)      Tram Station

Yang ni walau selalu jumpa mak pun mesti nak naik noks! So apapun anak memang nak naik punya. Hihihihi…


4)      HoverBoard Ride

Ni kalau teringin sangat nak naik boleh cuba. Tapi ada mention ride ni tak termasuk dalam All Day Pass, so kena bayar kalau nak cuba)



Untuk kategori Pendidikan (Educational) ada 3 section ;-

1)      Larva Activity Room

Kat sini ada Playtime Corner, Art Painting, Brain Teaser Puzzles dan juga iSandBox


2)      Activity Room 1

Kat sini katanya boleh create DIY yang senang dan unik2 – bole decorate donut & cupcakes selain ada hand painted mugs, tote bag dan sand art. Tapi masa mak pergi ni mak tak tau la mak terlepas pandang atau tempat ni yang staff kat situ kata buka untuk lawatan sekolah aja. Mak pun ok jalah sebab dah letih bermain. Tapi ada mention room ni tak termasuk dalam All Day Pass

3)      Activity Room 2

Sini pula katanya budak sekolah boleh join story telling, hand puppet dan puzzle yang mencabar. Tapi ada mention room ni tak termasuk dalam All Day Pass jugak.

Ada satu tempat lagi dia panggil Factory machine, kat sini katanya nak bagi factory ni berfungsi kita kena buat aktiviti gerakkan kereta dan bawak mesej melalui paip besi. Budak berdua ni main tak habis agaknya hari tu sebab mak ingat depa give up nak gerakkan kereta yang rodanya kaki kita. Bahahaha. Malas la tu!


Selain itu ada Greeting – Meet& Show Section, sini Karektor Cartoon Planet akan muncul dan sesi amik gambar akan berlangsung. Macam biasa nanti beli la gambar ya.

Satu lagi ada Stage Show – MCM Parade, sini persembahan menari dan menyanyi yang mengasyikkan akan berlangsung. So mesti enjoy dan jangan terlepas ok?

Sini jugak ada 2 kedai souvenir iaitu Cartoon Planet & MCM Gift Store. Selamat mak tak beli apa sebab masa pergi mak pergi dengan Umarr aja, sebab mak keluarkan cerita penglipurlara maka tak lara la poket mak.

Amacam suka tak nak datang sini? So for more  info, kita sambung part 2 nanti k?

Read More

Monday, November 5, 2018

UPT - Aku menangis lagi 2...

Aku baru 36 tahun! Tiga Puluh Enam!!! Kenapa mesti sekarang?

"Puan, keputusan negatif ya. Puan tak mengandung."

Aku senyum kelat saja. Sebagai menghormati pemberitahuan Doktor. Dah aku katakan, aku yakin aku tak mengandung.

"Puan ok tak ni?"

"Ok. Saya ok."

"So saya akan bagi Puan antibiotik ya?"
Aku angguk sahaja. Melihat aku diam, doktor memberi pandangan "Are you sure are you ok?"

"It's ok doktor. Saya ok. Cuma saya ada 3 anak, maybe saya terlalu risau"

"Sebelum datang ada buat research? Google?"

Come on doc. Of course I did. Tak semua google tu tak boleh pakai. Aku ni nampak begitu lembabkah?

Dalam masa sama aku angguk sajalah. Sambil kesat airmata yang masih bersisa.

Doktor memberi pandangan dan muka emoji "Kenapalah tanya doktor google?" 

Aku cuba menafi, tapi aku tahu impak menidakkan, sebab itu aku ambil keputusan sepantasnya untuk tidak bergantung kepada "Doktor Gugel". Kerana itu aku ke mari doktor. Sepertinya kemari kumar kumari sudah kerasakan saat ini.

Aku cuba menahan tangis tapi bila aku terbayang anak2 aku jadi sangat2 sebak.

Doktor mungkin cuba faham tapi biarlah. Aku malas nak menjelaskan kenapa aku overreacted. 

Tahun ini sahaja kematian begitu dekat dengan aku. Pakcik suami aku baru sahaja pergi. Perginya begitu pantas. Tiba2 tak boleh berjalan, masuk hospital macam2 diagnosis diberi dan kesimpulan akhirnya kanser.

Sebelum itu sepupu suamiku juga, kanser serviks tahap 4. Masih muda, meninggalkan 4 orang anak yang kecilnya sebesar Umarr. Bagi tahu aku bagaimana aku boleh tidak menangis?

Saat dia sakit, melawat pun aku tak berani. Hanya ibu mertua aku yg menyampaikan cerita. Betapa hebatnya dugaan dia. Anak sulungnya yg masih sekolah rendah sendiri yang rajin menjaga, menukar pampers, meneman tidurnya.

Juga tak sampai 2 bulan lepas aku beranikan diri melawat ibu kawan sekelas di UM, malah pernah jadi housemate sekali pun. Mesej whatsapp yang diterima minta kami mendoakan ibunya kanser payudara tahap 4.

Ia sangat pantas. Tak sampai beberapa minggu ibunya pergi. Membawa memori betapa buruk dan jahatnya sel kanser meragut sebuah nyawa. Aku takkan lupa sebekas air merah yang keluar dari paru2 ibunya ditunjuk kepada aku. Takkan lupa.

Bayangkan. Bayangkan kalau itu tempat aku? Bagaimana aku boleh tabah?

Kalau aku tiada ketiak siapa Umarr dan Yusuf nak bau hingga tertidur? 

Kalau aku pergi telinga mana nak dengar sekecil2 masalah dunia Maryam?

Kalau aku mati siapa boleh sabar dengan kerenah anak-anak aku?

Siapa?

Macam mana keadaan anak2 aku nak terima aku dah tiada? Aku terbayang satu2 muka anak aku. Maryam, Yusuf dan Umarr.

Oh Allah...

Anak2, just after the Sonogram session. 

Read More

Sunday, November 4, 2018

UPT - Aku menangis lagi...

Period aku memang selalu lewat 2 hari dari bulan sebelumnya.

Jadi bila bulan lepas lewat lagi aku cool sahaja. Tapi bila breast aku rengsa tak habis2 aku jadi cuak.

Takkan la kot.

Aku pergi toilet, check apa yang patut. Belum jugak period. Check lain2 tanda.
Akhirnya aku naik ke surau. Kunci pintu. Selalu kalau sempat memang aku dhuha. Kali ni aku duduk, pandang muka aku yg belum bersolek dekat cermin, ingat anak2 dan aku terus menangis. Teruk aku nangis. Teruk. Nasib baiklah aku belum pakai moisturiser Youth aku.

Aku cakap kat Tuhan. Macam2 aku cakap. Aku amik wudhuk lepas tu aku solat dhuha. Dalam dhuha pun aku menangis. Lepas habis dhuha aku doa sambil nangis lagi.

Aku memang benci mood swing.

Aku boleh naik angin benda2 kecil. Aku boleh nak nangis tiba2. Benda tak berapa sedih pun jadi sedih.

Kali ni aku rasa lost. Usai solat aku turun kembali ke kerusi tempat aku mencari rezeki. Aku harap hidung aku tak merah. Mata aku tak bengkak. Harap seri Youth yang aku tempek naiklah.

Dan separuh hari aku tak tahu apa kerja yang aku dah buat dan settlekan. Otak aku ligat fikir macam2. Tak boleh jadi, aku kena confirmkan sebelum aku nangis dengan sebab yang betul.

Akhirnya aku bangun dan keluar menuju Klinik Maria yang hanya 5 minit jauhnya dari tapak bina aku.

Di klinik bila doktor minta buat ujian kehamilan, aku tanpa sedar termenangis depan doktor. Set Hamil Shaklee terbayang2 dekat mata.

Doktor cuak dan berkali2 tanya aku ok atau tak. Aku cakap aku ok, takpa aku rasa nak nangis aja. Bagi jelah aku nangis doktor, tak mintak bahu doc pun. Jangan doc charge aku nangis sudah.

Doc kata takpa kita buat UPT dulu. Dan yang aku ingat aku cakap kat doc "Nanti tengok result saya nangis lagi". Doktor cuma gelak. Mungkin dalam hati dia kata aku ni memang tak betul.

Dan dengan rasa berat hati aku buat ujian UPT yang dah hampir 5 tahun aku tak buat di klinik mahupun di rumah sendiri.

Dan aku cuba menenang diri sehinggalah doktor panggil aku kembali ke biliknya...

3 beradik. Belahan hati mak.
Read More

Thursday, November 1, 2018

ANAK BALIK-BALIK BATUK & SELSEMA, GULA-GULA IKAN INI MAK BAPA MESTI CUBA

Mak nak tahu ada tak kawan2 mak yang ada anak yang di hantar ke taska dan senang sakit. Kejap demam, kejap BATUK dan balik2 SELSEMA?

Mesti ramai kan, termasuk la mak masa mula2 hantar Umarr pergi taska dulu. Kesian sangat kat anak, mak bapak pun nak kerja tak senang kan?

Ok hari ni mak nak share apa alternatif mak kepada ubat batuk dan selsema bila anak dah mula tunjuk aksi2 nak crancky sebab virus demam, batuk & selsema dah mula attack anak2.


Untuk SELSEMA & BATUK inilah alternatif mak. Gula-gula ikan yang meletop2 di dalam mulut, kata anak mak. Depa memang suka kapsul minyak ikan ni.
Jika anda memang dah amalkan minyak ikan tapi kurang berkesan boleh check sama ada minyak ikan anda tu benar2 tulen dan bergred farmaseutikal atau tidak.

Alhamdulillah setakat hari ini feedback ramai ibu bapa Omega Guard memang dapat kurangkan kekerapan anak batuk dan selsema. Paling best ubat2an seperti ubat batuk dan selsema juga dapat dielakkan.



Juga untuk anak-anak omega 3 memang sangat-sangat digalakkan bagi kecerdasan otak anak. Best la kan serampang bermata2 makan Omega ni.

Marilah cuba sementara sekarang Omega Guard tengah promosi. Rugi la mak-mak kalau tak cuba. Memang laku keras sepanjang mak berniaga Shaklee.
Jika anda ingin dapatkannya di sekitar bandar saujana putra dan putrajaya, boleh contact Supermak di :

http://Supermak.wasap.my
http://Supermak.wasap.my
Jika anda di luar kawasan mak jangan bimbang mak akan pos sepantas mungkin.

Untuk harga lebih baik boleh berhubung terus dengan mak ok?

Supermak
Pembeli Tegar Omega

Read More