![]() |
| Gambar Sekadar Hiasan : Google Image |
APA ITU KENCING MANIS SEMASA HAMIL (GDM)
Siapa yg merancang untuk mengandung atau pernah mengandung mesti pernah dengar tentang GDM ni kan...
GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa mudahnya, kencing manis semasa mengandung. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.
Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu human placental lactogen, oestrogen, progesterone, cortisol dan prolactin. Kebiasaannya, GDM akan hilang selepas kelahiran bayi.
Ya, terdapat beberapa kesan buruk dan juga komplikasi semasa dan selepas kelahiran. Perlu diketahui bahawa wanita yg menghidapi GDM merupakan kehamilan berisiko tinggi.
1. Hiperglisemia
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman si ibu.
2. Hipoglisemia
Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri.
3. Keputihan
Menghadapi masalah keputihan dan risiko terkena jangkitan kuman di faraj.
4. Risiko keguguran
Bagi ibu yang mengahadapi GDM, pemantauan rapi sgt diperlukan kerana risiko keguguran adalah tinggi berbanding ibu2 yang tidak ada GDM.
5. Polihydraminos
Polihydraminos adalah masalah air ketuban berlebihan.
6. Pre-eclampsia
Pre-eclampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghidapi GDM.
7. Retinopati
Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata. Masalah boleh menyebabkan si ibu rabun atau buta jika tidak dirawat segera.
8. Kegagalan buah pinggang
Antara komplikasi utama bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang. Ibu yang menghidapi GDM juga berhadapan dengan risiko yang sama.
9. Kelahiran melalui pembedahan
Harapan untuk bersalin secara normal adalah sgt tipis untuk penghidap GDM, kandungan adalah sgt berisiko dan kelahiran hanya melalui cesarean atau pembedahan.
1. Makrosomia
Makrosomia ialah kelahiran bayi dengan berat badan berlebihan. Kelahiran melalui pembedahan juga terpaksa dilakukan disebabkan makrosomia.
2. Intra uterine death
Kematian didalam kandungan.
3. Hipoglisemia
Bayi mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.
4. Lemas semasa kelahiran
Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala menyebabkan kecederaan otak. Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak bayi.
5. Dystocia
Keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu bayi.
6. Bayi Jaundis
Bayi akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yg rendah.
Bagi ibu dan bayi yang melalui kehamilan GDM, risiko untuk ibu dan bayi mengidapi diabetes selepas kelahiran juga akan menjadi tinggi.
![]() |
| SET IBU HAMIL DENGAN GDM : SEP, VITA C, VITALEA, BCOMP, OSTEMATRIX ADD ON : OMEGA GUARD |
=====================================
Set Ibu Hamil Shaklee untuk kencing manis :
✔ Vitalea – mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan
✔ B-complex – Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga
✔ Vitamin C – memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah
✔ Ostematrix – membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin
✔ ESP – sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.
✔ OMEGA Guard – Diperbuat daripada minyak ikan tulen & bukannya lemak seperti brand yang lain. Diambil semasa trimester ke 2 & ke 3 kehamilan. Omega guard membantu mengawal tahap kolestrol dan menghalang terjadinya diabetes dikalangan ibu hamil.
Anda ada masalah GDM?
Nak cuba kawal kandungan gula dalam darah?
Hubungi saya di 017-982 9898 untuk free consultation.


0 comments:
Post a Comment