Wednesday, October 25, 2017

5 PUNCA UTAMA WANITA TAK SUBUR



 Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.



ENDOMETRIOSIS

Tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain cntohnya di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).

Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang bkerosakan koleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak.

Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.


KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
Saluran Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan berenang ke ovum wanita untuk tujuan persenyawaan.

Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.


HORMON DAN HAID
Ketidakseimbangan hormone adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormone tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.

Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.




 FIBROID

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser


SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)

Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

Antara tanda-tanda PCOS ialah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).


Vitalea
Vitalea ialah Mulitivitamin dan Multimineral Shaklee..ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan kesihatan yang optimum. Bila badan dah sihat barulah ia dapat berfungsi dengan baik.

B Complex
Vitamin ni adalah sangat penting untuk wanita yang hamil dan yang merancang untuk hamil. B Complex Shaklee mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan bayi di dalam kandungan.

Vita C
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang sihat sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum dan hanya sperma yang kuat sahaja dapat bersenyawa dengan ovum.

Alfalfa
Alfalfa sangat penting untuk kesihatan dalaman wanita. Ia telah terbukti dapat mengatasi masalah keputihan, masalah period yang tidak teratur dan PMS..selain itu, alfalfa juga dikatan dapat membantu mengatasi “sakit ketika bersama” dan sangatmembantu dalam hubungan suami isteri.

GLA Complex
Vitamin ni sangat penting untuk kesuburan wanita. Ia membantu wanita untukmenghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini pentinguntuk membantu sperma berenang ke tiub fallopio dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke-5 selepas bersama.

Untuk urusan pembelian dan konsultasi tekan http://Supermak.wasap.my/

Read More

Wednesday, April 26, 2017

CARA KAWAL KANDUNGAN GULA DALAM DARAH SEMASA HAMIL AGAR IBU DAN BAYI TIDAK MUDARAT

Gambar Sekadar Hiasan : Google Image
APA ITU KENCING MANIS SEMASA HAMIL (GDM)
Siapa yg merancang untuk mengandung atau pernah mengandung mesti pernah dengar tentang GDM ni kan...
🚩 Apa itu GDM?
GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa mudahnya, kencing manis semasa mengandung. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.
🚩 Bagaimana GDM boleh berlaku?
Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu human placental lactogen, oestrogen, progesterone, cortisol dan prolactin. Kebiasaannya, GDM akan hilang selepas kelahiran bayi.
🚩 Adakah GDM merbahaya dan membawa kesan buruk?
Ya, terdapat beberapa kesan buruk dan juga komplikasi semasa dan selepas kelahiran. Perlu diketahui bahawa wanita yg menghidapi GDM merupakan kehamilan berisiko tinggi.
🚫 Kesan Buruk GDM kepada Ibu ðŸš«
1. Hiperglisemia
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman si ibu.
2. Hipoglisemia
Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri.
3. Keputihan
Menghadapi masalah keputihan dan risiko terkena jangkitan kuman di faraj.
4. Risiko keguguran
Bagi ibu yang mengahadapi GDM, pemantauan rapi sgt diperlukan kerana risiko keguguran adalah tinggi berbanding ibu2 yang tidak ada GDM.
5. Polihydraminos
Polihydraminos adalah masalah air ketuban berlebihan.
6. Pre-eclampsia
Pre-eclampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghidapi GDM.
7. Retinopati
Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata. Masalah boleh menyebabkan si ibu rabun atau buta jika tidak dirawat segera.
8. Kegagalan buah pinggang
Antara komplikasi utama bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang. Ibu yang menghidapi GDM juga berhadapan dengan risiko yang sama.
9. Kelahiran melalui pembedahan
Harapan untuk bersalin secara normal adalah sgt tipis untuk penghidap GDM, kandungan adalah sgt berisiko dan kelahiran hanya melalui cesarean atau pembedahan.
🚫 Kesan Buruk GDM kepada Bayi ðŸš«
1. Makrosomia
Makrosomia ialah kelahiran bayi dengan berat badan berlebihan. Kelahiran melalui pembedahan juga terpaksa dilakukan disebabkan makrosomia.
2. Intra uterine death
Kematian didalam kandungan.
3. Hipoglisemia
Bayi mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.
4. Lemas semasa kelahiran
Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala menyebabkan kecederaan otak. Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak bayi.
5. Dystocia
Keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu bayi.
6. Bayi Jaundis
Bayi akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yg rendah.
Bagi ibu dan bayi yang melalui kehamilan GDM, risiko untuk ibu dan bayi mengidapi diabetes selepas kelahiran juga akan menjadi tinggi.
SET IBU HAMIL DENGAN GDM : SEP, VITA C, VITALEA, BCOMP, OSTEMATRIX
ADD ON : OMEGA GUARD
=====================================
Set Ibu Hamil Shaklee untuk kencing manis :
✔ Vitalea – mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan
✔ B-complex – Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga
✔ Vitamin C – memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah
✔ Ostematrix – membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin
✔ ESP – sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.
✔ OMEGA Guard – Diperbuat daripada minyak ikan tulen & bukannya lemak seperti brand yang lain. Diambil semasa trimester ke 2 & ke 3 kehamilan. Omega guard membantu mengawal tahap kolestrol dan menghalang terjadinya diabetes dikalangan ibu hamil.

Anda ada masalah GDM? 
Nak cuba kawal kandungan gula dalam darah?
 Hubungi saya di 017-982 9898 untuk free consultation.
Read More

Saturday, April 22, 2017

TIPS LATIH NAK BERPUASA DAN BERTENAGA WALAU BERSEKOLAH

Mak tak rasa mak akan ada masalah dalam menjalani ibadah puasa bersama Maryam, tapi tahun ini pastilah agak berat sikit tugas mak nak melatih Yusuf. Tahulah anak kedua mak ni memang manja dan akan macam2 soalan yang dia serang balas bila kita suruh dia puasa nanti.

Jadi mak buat la sikit bacaan tentang bagaimana nak latih anak2 berpuasa. macam mana nak bagi depa ni beretenaga walau seharian berpuasa.

So sini mak share beberapa tips untuk ibubapa sekalian.

1. Kenalkan tentang puasa
Apa tu puasa, kenapa puasa, macamana puasa, siapa wajib puasa, apa ganjaran dan faedah yang kita dapat, dari segi kesihatan pula bagaimana.

2. Ada beberapa tips:

a) Lakukan secara bertahap: Latih mereka bangun untuk sahur. Bagi mereka bersahur, contohnya sehingga tengahari dulu, kemudian hingga asar sehingga mereka boleh dapat puasa hingga waktu berbuka (Maghrib). Izinkan juga mereka rehat (tidur) sebentar selepas sahur atau lepas subuh.

b) Sibukkan mereka dengan aktiviti: Benarkan mereka tidur jika mereka penat. Dan sibukkan mereka membuat pelbagai aktiviti rumah supaya mereka tidak memikirkan tentang makan dan minum seketika.

c) Beri ganjaran: Contohnya 1 hari berpuasa beri ganjaran seperti mainan atau duit. Tapi kenalah ingatkan puasa bukan semata-mata nak dapat hadiah, sebaliknya nak dapat ganjaran daripada Allah.

d) Jaga waktu tidur mereka
Galakkan mereka tidur awal, beri minum susu untuk khasiat kalsium agar lebih bertenaga.

e) Sediakan makanan berkhasiat
Galakkan mereka makan makanan yang seimbang yang mengandungi serat, kalsium, karbohidrat dan protein. Makan banyak supaya bertenaga.

Cuba juga tambah dengan pemakanan tambahan seperti Set Puasa Shaklee: Mealshake dan Performance Drink. Ini membantu mereka elak dehidrasi dan bantu mereka kenyang lebih lama dan punya tenaga yang lebih sepanjang hari.

Mealshake juga bekalkan nutrisi lengkap kepada kanak-kanak, yela bila puasa mungkin kita kurang ambil beberapa nutrisi, jadi Mealshake ni boleh bantu lengkapkannya.

Untuk anak-anak lebih 12 tahun, boleh ambil ESP sekali.

f) Balik kerja awal sebelum berbuka
Ini untuk luangkan masa dengan anak-anak



SET PUASA SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN


MEALSHAKES (RM120.00)


1. Mealshake
Makanan lengkap yang mengandungi kesemua nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Jadi walaupun anda berpuasa, anda tetap mendapat khasiat nutrisi yang seimbang.
PERFORMANCE DRINK (RM86.25)




2. Performance Drink
Menyokong tahap hidrasi berbanding air, beri tenaga segera. Antara k
elebihan Performance Drink:-
1. Mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LTYE dengan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.
2. Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi.
3. Meningkatkan daya ketahanan badan.Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat,menggantikan air yang hilang semasa latihan fizikal,meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkn waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
4. Mencegah Penyahhidratan-mengurangkan kehausan,mencegah penyahhidratan,melembabkan kulit dan kelihatan muda
5. Memelihara tahap gula darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
6. Menjadi pilihan ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan mengurangkan rasa dahaga.
7. Kurang kandungan gula (less gular).
8. Bebas gas atau tidak berkarbonat.
9. Hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana saja.Enak dimimum begitu atau bersama minuman lain


Untuk mendapatkan set ini anda boleh hubungi mak seperti dibawah:-


Shaklee Independent Distributor
Ujie Ibrahim - Supermak  ( 1149146 )
FB : Ujie Ibrahim (Supermak)
Phone : 017-982 9898
Email : roziah_ib@yahoo.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

COD Shaklee kawasan :Bandar Saujana Putra, Putrajaya, Jenjarom, Banting, Bangsar, Hartamas, Kerinchi, Pantai Dalam
Read More

Sunday, March 5, 2017

MAK PILIH KASIH, SAYA BENCI MAK

Mak cuma teringat sebuah drama kehidupan.

Di mana seorang ibu dituduh pilih kasih antara anak2nya.
Sehingga anak2 dah kahwin pun ibu dikatakan terbawak2 pilih kasih kepada menantu.

Dengar sini anak2...

Saat kau belum punya anak yang lebih dari satu, jangan berani mengeluar ayat begini jika kau rasa mak kau melebihkan anaknya yang kedua dari yang keenam.

Saat kau belum tahu bagaimana memberi kasih dalam keadaan yang serba kekurangan, jangan cuba tunjuk pandai dengan mencanang buruknya ibumu.

Dan anak...

Saat hadirnya seorang isteri/suami dalam hidupmu yang mengatakan ibumu tidak adil kerna melebihkan saudara kandungmu yang lain, lihat ke mukanya dan lihat ke muka ibumu. Siapa lebih lama bersamamu dan siapa yang lebih kenal ibumu lebih dari kamu mengenal ibumu? Patutkah kau terpesong dengan kata2 isteri/suami yang baru setahun kau nikahi?

Anak...

Ingatlah. Jangan pernah berkata ibumu tidak adil jika kau juga tidak pernah meletak dia di tempat yang sepatutnya.

Supermak
5/3/2017
4.25 Petang Yang Hujan


Read More

Sunday, January 8, 2017

SELEPAS 7 TAHUN PEMERGIAN ABAH, INI NASIHAT SAYA...

5 Januari yang lalu genap 7 tahun abah pergi meninggalkan kami 7 beradik dan juga mak.

Selepas 7 tahun, ini nasihat saya buat anak2 yang masih punya mak ayah.

Pemergian Abah bukanlah mengejut. Abah pertama kali diserang sakit jantung adalah 2 tahun sebelum pemergiannya. Dalam 2 tahun itu Abah sempat menjalani pembedahan pintasan jantung. Ya bukan pembedahan kecil, seingat saya ada 3 blockage di salur darah abah.

Pembedahan itu sukses. Abah kuat. Dia menunujukkan perkembangan yang amat positif.

Namun Allah tidak bagi kami terus bersama Abah. Abah terlibat dalam kemalangan bersama kakak saya. Tidak pasti rentenan dari kejadian itu beri impak pada proses pemulihan abah atau bagaimana, Abah pergi juga kemudiannya. Kami semua redha.

Namun dalam 2 tahun itu bukanlah satu proses yang mudah. Kami melalui proses menjaga orang tua yang sakit disamping mak. Abah heavy smoker, itulah punca beliau diserang sakit jantung. Bila disahkan beliau punya masalah jantung, beliau berhenti merokok. dan kesannya Abah menjadi sedikit pemarah. Mak yang selama ini mmg sentiasa disisi Abah mmg banyak bersabar.

Disebabkan kami 7 beradik dan yang perempuan (4 orang) semua di KL dan Selangor dan abah juga di IJN, maka kisah berulang alik ke hospital kami bergilir2 menjaga Abah disamping mak. Dan pastilah yang masih solo iaitu ateh mendapat paling banyak vote untuk menjaga Abah dan menemankan mak di hospital.

Dan kami melalui proses ini, dan ia bukanlah mudah. Sebab itu saya mengumpul kekuatan 7 tahun untuk menulis ini. Nasihat saya buat yang masih punya ibu bapa dan juga yang sedang melalui proses ibu bapa yang sedang sakit, moga perkongsian ini memberi persediaan terbaik buat kalian.

1) Antara adik beradik jangan ada yang bersikap bossy
Jujur buat kalian semua. Please jangan ada antara kalian yang tunjuk sifat bossy semasa kalian menghadapi situasi ini. Bincanglah dengan baik jika ada antara kalian yang merasakan punyai cadangan bernas dalam sistem bergilir menjaga ibu bapa yang sedang sakit. Berbincanglah bukan beri arahan sehingga ada yang merasa marah atau tidak adil.

2) Seharusnya tiada sikap berkira
Betul kita semua punya keluarga dan plan hidup masing2. Jika ada antara kalian yang sememangnya mampu menjaga, tampil ke depan tanpa berkira. Ini bukan peraduan, bukan keterpaksaan. Semat dalam diri mereka ibu bapa kita. What if that is the last day of their life? You will never see them again!!! Masalah yang mungkin akan timbul ialah "takkan aku aja nak jaga, korang yang lain buat apa?"

3) Spend masa sebanyaknya dengan mereka
Memang saya kesal dengan yang ini. Waktu itu saya memberi sepenuh perhatian buat Maryam. Masa saya di hospital mmg agak terhad. Cuma saya tunaikan beberapa permintaan Abah sebelum pemergiaannya. Masih saya ingat komen abah terhadap sup ikan haruan saya, katanya bawang yang saya guna rasa tidak segar. Memang benar bawang yang saya gunakan waktu itu telah dikupas lebih awal. mungkin sbb itu rasanya sudah tidak sedap. Selain itu saya juga ada menyuapkan abah aiskrim cup seperti permintaannya, sedangkan seumur hidup abah saya tak pernah nampak beliau makan aiskrim. Walau pelik saya suapkan juga.

4) Dalam jaga abah, dengar luahan mak
Yang ini kita jangan sampai terlepas pandang. Mak berhadapan dengan Abah yang agak berbeza sifatnya. Abah ni macam lelaki lain, amat tak suka nak g hospital. Abah jadi sedikit kuat membebel (amat berbeza dgn karekter asal beliau) dan panas baran. Mungkin kesan berhenti merokok dan ubat2an yang diambil. Mak sedikit penat dan stress. Maka anak2 ambil masa tanya keadaan mak. Let them membebel pulak, luah perasaan.

5) Suami/Isteri kita perlu main peranan
Syukur abah dan mak dapar menantu lelaki yang amat baik. Mereka juga bergilir jaga abah, beri sepenuh support pada kami. Sehingga di akhir usia Abah dan saat abah dimandikan, ketiga menantu lelakinya turut sama memandikan jenazah beliau. Jadi buat menantu2 sekalian, mainkan peranan anda saat mertua anda sakit, jujurnya depa ni mmg sampai part basuhkan berak abah! Salute! Taraf mereka ini adalah seperti mak bapak kita sendiri. Jadi jangan biar pasangan sedih sendirian.

6) Saat pemergian abah, kami kehilangan ayah tapi mak kehilangan soulmatenya.
Jadi jangan meratapi kesedihan sendiri secara berlebihan. ingatlah ibu kita yang kehilangan bukan sahaja suami tapi soulmate beliau. Jangan lupa bagi semangat pada ibu kita. Jangan kita dok menangis berlebihan sampai mak kita pun tak tahu nak buat apa.

7) Jaga hubungan adik beradik
Jujur kami menghadapi krisis adik beradik beberapa tahun selepas kehilangan abah. Semuanya adalah rentenan dari kisah menjaga abah. Jagalah kata2 kalian towards adik beradik lain. Media sosial jangan guna untuk sindir menyindir. Berdosa. Kekhilafan kami janganlah ditiru. Walaupun sekarang kami semua sudah berbaik semula, kesannya mungkin masih ada. Dan bayangkan apa perasaan Abah disana? Wallahualam.

Jadi selepas 7 tahun inilah nasihat2 saya. Jadikan panduan mana yang baik dan jadikanlah tauladan mana yang tidak baik.

Al-fatihah buat Abah. Lelaki Teragung kami.
Read More