Thursday, January 4, 2018

HARI ORIENTASI, BERMASALAHKAH ANAK MAK YANG MENANGIS INI?

Assalamualaikum...

Hai mak2 semua. Amacam first day sekolah? Banyak drama ke tidak? Mak macam biasalah layan putera ketiak ni mmg rasa nak tinggal dia tepi jalan aja. 

Tapi taklah nangis teruk sangat. Nangis manja aja. Cuma petang hantar transit dia tarik baju mak n nangis teruk skit. Mungkin sebab dia tak malu sebab orang tak ramai.

So mak compile pic 1st day Yusuf Imran as pelajar sekolah rendah. Kawan mak cakap kalau dah gini mau darjah 3 baru ok. Hohoho nak tabah dari sekarang ke camne ni?

Takpelah. Amanah ni macam2. Yang macam ni kita layan ajalah. Ingat orang yang ada anak istimewa kita ni jauh lebih beruntung.


Bangun pagi muka bad mood. Tapi on bersiap, pakai tie apa bagai.

Keadaan kat sekolah. Masa masuk barisan dia ok. Mak tunggu belakang perhati, lama2 gosok mata dan menangis. Terus mak menyorok tiang lain pulak.

Masa ni dah ok balik. Berbaris nak masuk kelas. Tak tahu kenapa dia excited bila nak masuk kelas. Gasak la nak. Janji no cry2 lagi.

Kelas dia tingkat satu. Paling hujung.

Muka excited cerita.

Dah belikan dia keropok lekor. Keras, seksa la nak kunya dengan gigi shark dia.


Makan nasi lemak. Bila tanya duit belanja kenapa tak g bli, dia kata duit dia simpan. Adoi. Mak sumpah kau jutawan cepat bang.


Contoh Supermak of the year. Hahahaha...Jangan kecam mak amik kerusi anak sekolah, mak bangun k bila dah ramai budak. Mak siap panggil meh duduk, meh duduk.

Tunjuk kat mama tempat duduk dia. Excited.

Sementara waktu kelas dia nama 1 Jingga - Muka macam ok kan? Lepas tu Tuhan ajelah yang tahu.

Hensem anak mama. Kalau tak nangis lagi hensem. Yang atas dukung tu paling happy. Masa ni mood abang baik dah sikit.

Tapi ni hari pertama, sampai harini pun dia nangis lagi. Papa dia tunggu seminggu, minggu depan mak harap mak super tabah la sebab memang dia kena berdikari. Mak kena banyak bersabar walaupun kesabaran mak senipis kulit bawang.

Tak perlu mak nak share tips sebab budak dalam hati ada taman ni memang macam ni. Lantak la dia nangis2 manja. Kita amik pic dia, blogkan untuk dia baca di masa depan. biar dia tahu kang anak dia plak buat hal, memang dari darah dia tu. eh sorry eh, mak dulu ok pergi sekolah. Hahahaha....

Bapak tunggu seminggu, kakak tumpang sekaki.

Mak harap kita semua tabahlah. Korang doakan mak ok. Mak dah bekalkan tenaga kat depa semua dengan makan set kanak2 shaklee. Alhamdulillah setakat ni nampak bertenaga lagi. Minggu depan memang kena bawak bekal. Doakan juga mak istiqamah berbento semula.

Ok chau dulu. Jumpa lagi.

Supermak, Putrajaya, 8.05am, 5 Jan 2018

About Supermak

Saya Supermak anak 3!

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment