Kami dalam kereta for a late lunch dengan mak.
Saja nak bawak dia jalan2 sempena kami balik kali ni. It is just a regular visit for her, our monthly visit to make sure she is okay. I know it was not okay to pay her visit on monthly basis but you all have parents, i believe you all know we all try our best to spend as much time as we can with them.
Laki aku ni dia rajin layan mak aku borak, which is aku jarang tanya benda yang dia tanya. Bila dia tanya, dia akan borak panjang dengan mak dan macam2 dia cerita. Aku dengar aja. Dan laki aku akan tanya, tanya n tanya. Oh kalau korang nak tahu aku sgt terganggu dengan perangai laki aku yg satu ni kalau dia buat kat aku. Serius aku tak suka orang bagi aku soalan lagi2 kalau aku tengah serabut.
Cuma aku respect laki aku boleh layan mak aku. Jadi aku akan biar aja.
But then selalu aku akan marah jugak sebab aku tak suka mak aku cerita pasal perihal orang.
Sampai tadi aku lupa mak aku sebut nama siapa tapi apa yg orang tu cakap aku tak akan lupa.
Mak cakap makcik tu tengok gambar graduation kami adik beradik kat dinding rumah. Masa tu mak ada buat majlis bacaan yasin.
Makcik tu cakap lebih kurang begini...
"Hah tengok ni, mintak la duit sikit sorang kat anak ni buat beli handphone mahal sikit"
Aku macam "Seriously makcik???? Itu nasihat terbaik kau pada mak aku? Dah berapa rumah kau masuk kat kawasan Felda ni dan cakap benda sama pada semua mak bapak yang punya anak graduate from certain University?
Seriously?
Like seriously?
You raised your kids to college and get their Degree supaya one fine day kau boleh mintak sorang sikit untuk belikan kau telefon mahal?
Kau praktis begitu dan kemudian masuk rumah2 kawan kau dan bagi nasihat parenting hebat begini?
Bravo makcik, bravo.
Right now i feel like i want to ask my mom again what is your name and meet you tomorrow and ask you how much kutipan duit dari anak2 you setiap bulan! Supaya aku boleh jadikan contoh dan bagitahu dalam group whatsapp adik beradik aku supaya contohi anak2 makcik dalam membuat kutipan wang untuk mak mereka.
Ye aku marah! Aku marah sebab adanya orang macam makcik ni yang mengajar mak bapak yang besarkan anak-anak sampai berjaya sebab itu tanggungjawab dia dan bukan supaya bila anak dia dah berjaya dia boleh kutip duit sikit sorang kat anak dia untuk beli benda2 yang dia suka.
Mak n abah never mintak duit sikit sorang kat anak mereka. Never! Sampai setiap bulan aku bagi duit dia akan cakap "Ada jugak yek untuk mak" Itu dia cakap setiap bulan!
Mak akan kumpul duit untuk beli apa yang dia teringin. Duit kami bagi dia simpan, sampai la nanti dia cakap duit ko bagi mak beli ni, mak beli itu. Kalau ada duit dia memang akan beli benda yang dia mmg rancang nak beli. Mak dia pandai manage duit dia, which is i never know how to do it until now. Aku selalu tak plan nak beli apa2 pun. Aku beli aja.
Aku tak suka apa yang makcik ni cakap kat mak aku. Dia ajar mak aku meminta2 sedangkan itu bukan perangai mak aku. Bukan juga arwah ayah aku. They raised us because that was their responsibility and i believe they want to make sure we are having a better life than what they had!
Please la korang, jaga mak korang semua. Nasihat mak korang jangan memandai2 masuk campur urusan anak beranak orang sebab korang tak dibesarkan dalam rumah tu. Kau masuk sekali dan kau judge the whole years kami yang penuh suka duka dengan tengok gambar kami ambil certificate kat dinding kayu mak kami?
Jangan buat anak-anak yang jauh kat mata mak bapak depa ni jadi buruk sebab kata2 makcik macam ni.
Sebab kata2 ni macam racun. Akan timbulkan ragu-ragu kat hati mak bapak kita. Akan buat they wonder betul ke apa yang dia buat selama ni. Patut ke anak2 bagi banyak ni, atau pun aku kena mintak lebih lagi.
She is our mom! Dia tahu anak dia yg mana berduit, dia tahu mana yang tidak, dia tahu mana yang tak bagi duit tapi banyak bagi tenaga, dia tahu semua!
So please makcik2 bawang sekalian. Jangan buat mak macam ni confius. Jangan buat mak macam ni ada ragu2. Jangan buat mak macam ni menyesal suatu hari nanti bila dia buat anak2 dia jadi tak selesa dan bring a gap to their relationship.
Dan tolong terima hakikat mak bapak kami bukan sahaja berjaya didik kami sampai masuk dan keluar Universiti, makcik jangan lupa jugak mak bapak kami berjaya didik kami jadi manusia yang tahu sayang mak bapak dan tahu tanggungjawab kami pada mak bapak.
Please kalau nak jadi bawang, jadi bawang yang sedapkan makanan, bukan yang rosakkan rasa makanan sebab bawang tu dah lebih dulu rosak sebelum masuk dalam makanan.
Telefon apa yang makcik nak saya belikan mak saya? Boleh tahu makcik cadangkan telefon apa?
Dan boleh tahu hasil kutipan makcik, makcik beli telefon apa?
Mind to share makcik?