Cuti panjang sempena perayaan yang bukan hari raya mak, mak
sebolehnya takkan balik kampung kelahiran mak di Kuantan.
You know la jalan nak balik sana dari KL ni memang jam
yakmat lagi2 kalau cuti panjang terkapit.
Kalau call bonda kat kampung tak sampai hati sangat cakap
tak balik sebab cuti panjang. Satu tak balik mmg sebab lakiku susah cuti
panjang time perayaan, kedua memang sebab malas nak hadap jam. Pernah terkena
nak sampai KL dari Kuantan ambil masa 10 jam! Masa tu cuti hari merdeka dan
adik mak kahwin. Kalau tak mmg tak balik la.
But then, cuti raya cina baru ni , mmg serba salah tak balik
even sekejap. Memang tak apply cuti pun, jadi Isnin, Khamis & Jumaat memang
kerja. Cakap dengan lakiku nak balik sangat walau sekejap, nak jenguk mak aja. Dia
kata boleh tapi Rabu n Khamis sebab dia off day. Maksudnya mak kena cuti
Khamis, Rabu tu memang cuti raya cina.
So suami pesan kemas baju kalau nak balik, pagi Rabu gerak
pagi2 agar tak buang masa dan boleh spend lama skit kat kampung. Hati berbelah
bagi. Selasa tu tak kemas pun, pagi Rabu memang tak kemas apa2. So memang 50-50
la nak balik ke tidak.
Tapi duduk rumah memang gelisah aja. Konon nak berkemas
kalau tak balik. Tapi memang serius gelisah memikir.
Pastu dah pukul 10 macam tu cakap ngan suamiku, jom balik
nak? Tak sedap hati pulak tak balik. Dia teruslah arah anak dia kemas beg.
Nak sedapkan hati mak tanya anak2 “Siapa nak balik umah
nenek Kuantan?”
Semua angkat tangan.
Yusuf Tanya kenapa nak balik, mak cakap la nak balik la
lawat nenek. Kesian nenek sorang2. Nenek pun tak sihat sangat.
Lepas tu Umarr menyampuk “Balik la kan ma? Nanti kalau nenek
mati macam mana?”
Aku tanpa patah kata terus amik beg dan mengemas seadanya.
Betul.
Allah bagi jawapan pada mulut CEO. Itu la yang aku
gelisahkan. Sementara aku masih ada peluang lawat dia even sebulan sekali dan
balik semalaman pun kenapa aku tak nak balik? Aku tidaklah ada kekangan
kewangan sampai minyak atau tol tak boleh bayar. Aku tak ada alasan untuk tidak
pulang.
Andai bonda ditakdir pergi, sampai sudahlah aku takda rumah
nak balik lagi.
Korang kalau dah lama tak balik lawat mak bapak, baliklah.
Lagi2 kalau korang dah ada anak. Korang patut ada rasa takut
kalau anak korang sendiri nanti tak balik melawat korang. Jujur letaklah diri
kita di tempat mereka. Benda ini akan berputar kembali pada kita.
Isteri kalau suami masih ada mak bapak, ajaklah dia balik
kalau rasa lama dah korang tak lawat mereka. Suami ajak la isteri pulang cari
berkat ibu bapa. Ramai lupa barakah yang hilang dalam kesesakan dunia yang
dialami kita. Ramai pasangan pentingkan keluarga sendiri sampai lupa keluarga
pasangan. Paling hebat kita lupa keluarga kerana pasangan.
Pulanglah, sementara berakah keramat kita masih ada.
Bahagiakan hati mereka, InsyaAllah mudah hidup dan urusan harian kita.
Supermak, Ahad, 12.50 Pagi.
