5 Januari yang lalu genap 7 tahun abah pergi meninggalkan kami 7 beradik dan juga mak.
Selepas 7 tahun, ini nasihat saya buat anak2 yang masih punya mak ayah.
Pemergian Abah bukanlah mengejut. Abah pertama kali diserang sakit jantung adalah 2 tahun sebelum pemergiannya. Dalam 2 tahun itu Abah sempat menjalani pembedahan pintasan jantung. Ya bukan pembedahan kecil, seingat saya ada 3 blockage di salur darah abah.
Pembedahan itu sukses. Abah kuat. Dia menunujukkan perkembangan yang amat positif.
Namun Allah tidak bagi kami terus bersama Abah. Abah terlibat dalam kemalangan bersama kakak saya. Tidak pasti rentenan dari kejadian itu beri impak pada proses pemulihan abah atau bagaimana, Abah pergi juga kemudiannya. Kami semua redha.
Namun dalam 2 tahun itu bukanlah satu proses yang mudah. Kami melalui proses menjaga orang tua yang sakit disamping mak. Abah heavy smoker, itulah punca beliau diserang sakit jantung. Bila disahkan beliau punya masalah jantung, beliau berhenti merokok. dan kesannya Abah menjadi sedikit pemarah. Mak yang selama ini mmg sentiasa disisi Abah mmg banyak bersabar.
Disebabkan kami 7 beradik dan yang perempuan (4 orang) semua di KL dan Selangor dan abah juga di IJN, maka kisah berulang alik ke hospital kami bergilir2 menjaga Abah disamping mak. Dan pastilah yang masih solo iaitu ateh mendapat paling banyak vote untuk menjaga Abah dan menemankan mak di hospital.
Dan kami melalui proses ini, dan ia bukanlah mudah. Sebab itu saya mengumpul kekuatan 7 tahun untuk menulis ini. Nasihat saya buat yang masih punya ibu bapa dan juga yang sedang melalui proses ibu bapa yang sedang sakit, moga perkongsian ini memberi persediaan terbaik buat kalian.
1) Antara adik beradik jangan ada yang bersikap bossy
Jujur buat kalian semua. Please jangan ada antara kalian yang tunjuk sifat bossy semasa kalian menghadapi situasi ini. Bincanglah dengan baik jika ada antara kalian yang merasakan punyai cadangan bernas dalam sistem bergilir menjaga ibu bapa yang sedang sakit. Berbincanglah bukan beri arahan sehingga ada yang merasa marah atau tidak adil.
2) Seharusnya tiada sikap berkira
Betul kita semua punya keluarga dan plan hidup masing2. Jika ada antara kalian yang sememangnya mampu menjaga, tampil ke depan tanpa berkira. Ini bukan peraduan, bukan keterpaksaan. Semat dalam diri mereka ibu bapa kita. What if that is the last day of their life? You will never see them again!!! Masalah yang mungkin akan timbul ialah "takkan aku aja nak jaga, korang yang lain buat apa?"
3) Spend masa sebanyaknya dengan mereka
Memang saya kesal dengan yang ini. Waktu itu saya memberi sepenuh perhatian buat Maryam. Masa saya di hospital mmg agak terhad. Cuma saya tunaikan beberapa permintaan Abah sebelum pemergiaannya. Masih saya ingat komen abah terhadap sup ikan haruan saya, katanya bawang yang saya guna rasa tidak segar. Memang benar bawang yang saya gunakan waktu itu telah dikupas lebih awal. mungkin sbb itu rasanya sudah tidak sedap. Selain itu saya juga ada menyuapkan abah aiskrim cup seperti permintaannya, sedangkan seumur hidup abah saya tak pernah nampak beliau makan aiskrim. Walau pelik saya suapkan juga.
4) Dalam jaga abah, dengar luahan mak
Yang ini kita jangan sampai terlepas pandang. Mak berhadapan dengan Abah yang agak berbeza sifatnya. Abah ni macam lelaki lain, amat tak suka nak g hospital. Abah jadi sedikit kuat membebel (amat berbeza dgn karekter asal beliau) dan panas baran. Mungkin kesan berhenti merokok dan ubat2an yang diambil. Mak sedikit penat dan stress. Maka anak2 ambil masa tanya keadaan mak. Let them membebel pulak, luah perasaan.
5) Suami/Isteri kita perlu main peranan
Syukur abah dan mak dapar menantu lelaki yang amat baik. Mereka juga bergilir jaga abah, beri sepenuh support pada kami. Sehingga di akhir usia Abah dan saat abah dimandikan, ketiga menantu lelakinya turut sama memandikan jenazah beliau. Jadi buat menantu2 sekalian, mainkan peranan anda saat mertua anda sakit, jujurnya depa ni mmg sampai part basuhkan berak abah! Salute! Taraf mereka ini adalah seperti mak bapak kita sendiri. Jadi jangan biar pasangan sedih sendirian.
6) Saat pemergian abah, kami kehilangan ayah tapi mak kehilangan soulmatenya.
Jadi jangan meratapi kesedihan sendiri secara berlebihan. ingatlah ibu kita yang kehilangan bukan sahaja suami tapi soulmate beliau. Jangan lupa bagi semangat pada ibu kita. Jangan kita dok menangis berlebihan sampai mak kita pun tak tahu nak buat apa.
7) Jaga hubungan adik beradik
Jujur kami menghadapi krisis adik beradik beberapa tahun selepas kehilangan abah. Semuanya adalah rentenan dari kisah menjaga abah. Jagalah kata2 kalian towards adik beradik lain. Media sosial jangan guna untuk sindir menyindir. Berdosa. Kekhilafan kami janganlah ditiru. Walaupun sekarang kami semua sudah berbaik semula, kesannya mungkin masih ada. Dan bayangkan apa perasaan Abah disana? Wallahualam.
Jadi selepas 7 tahun inilah nasihat2 saya. Jadikan panduan mana yang baik dan jadikanlah tauladan mana yang tidak baik.
Al-fatihah buat Abah. Lelaki Teragung kami.